Jumaat, 7 Mei 2010

Selamat Menjalani Cuti Akhir Semester 2

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

GERAK@ASTAR ingin mengucapkan selamat menjalani cuti akhir semester 2 bagi sesi 09/10 kepada semua warga UM terutamanya kepada penghuni kolej kediaman pertama. Semoga cuti yang diberikan ini dapat sama-sama kita manfaatkan dan apabila kita kembali semula ke universiti ini, kita sudah lebih bersedia menghadapi cabaran baru.

Buat pelajar yang sudah menamatkan pengajian, GERAK@ASTAR ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam apa jua jalan yang anda pilih selama ini dan terima kasih kami ucapkan atas pengalaman dan ilmu yang telah anda kongsikan bersama-sama kami sepanjang penglibatan anda di kolej mahupun dalam universiti ini.

Semoga semangat kita semua tidak akan luntur dalam memperjuangkan hak kita sebagai mahasiswa di varsity perdana ini.

GERAK@ASTAR : UM is ONE! Towards 1Malaysia.

Ahad, 14 Februari 2010

Selamat Tahun Baru Cina 2010

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

GERAK@ASTAR ingin mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru Cina terutamanya buat warga ASTAR yang berbangsa Cina dan juga selamat menjalani cuti pertengahan semester buat semua warga ASTAR dan UM umumnya.
GERAK@ASTAR

Khamis, 28 Januari 2010

Penggerak Mahasiswa menang di UM

Assalamualaikum W.B.T.. dan Salam Sejahtera.

Gerak diumumkan menang kira-kira pada jam 7.45 petang tadi dengan kemenangan 23 kerusi berbalas 16 di pihak Pro-M mana 2 lagi kerusi dimenangi oleh calon Bebas.

Tahniah dan syabas buat semua calon dan jentera Penggerak Mahasiswa, semoga perjuangan kita akan terus mendapat berkat. Kepada ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa UM 09/10, ayuh banun dan bela nasib mahasiswa.

Daripada Mahasiswa, Kepada Mahasiswa, Untuk Mahasiswa. Um is One! Towards 1Malaysia.

GERAK@ASTAR

Calon Umum Diugut

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Semalam, beberapa calon umum yang menyokong Penggerak Mahasiswa mendapat satu sms berbaur ugutan. Mereka sudah melaporkan hal ini ke pihak polis dan masih lagi menunggu siasatan polis.

No yang tidak dikenali (0142323655) telah menghantar sms ugutan dan cacian kepada beberapa calon umum ini amat biadap dan merupakan orang yang tidak menghormati demokrasi kampus.

Gerak ASTAR mendapat sumber daripada salah seorang calon umum dan melampirkan bersama gambar sms ugutan yang dibuat oleh orang yang tidak dikenali ini. Sama-sama kita fikirkan.

GERAK@ASTAR

Rabu, 27 Januari 2010

Tahniah Pro-Aspirasi

Assalamualaikum W.B.T Dan Salam Sejahtera

Sekalung tahniah buat jentera Aspirasi Mahasiswa di beberapa IPTA negara kerana sudah berjaya menawan IPTA masing-masing.

Antaranya adalah UPM, USIM, UMT dan UDIM. Tahniah juga buat Aspirasi Mahasiswa UIAM yang berjaya memberikan suatu tekanan yang hebat kepada Pro-M yang galak dengan Misi-10 mereka. Nyata misi ini sudah hamper menemui jalan buntu apabila kebanyakan IPTA sudah dimenangi oleh Aspirasi.

Mari sama-sama kita berdoa agar Gerak di UM, dan beberapa universiti lain seperti UKM, USM dan UTM yang bakal menjalankan pemilihan pada 28 januari 2009.

Gerak ASTAR menyeru agar mahasiswa bijak menilai kepimpinan dan manifesto yang dibawa oleh setiap calon dan pastikan anda mengundi calon Gerak untuk menyaksikan perubahan yang lebih mantap dan bertenaga dari 4 teras kami iaitu Agama, Ilmu, Perpaduan dan Kebajikan.

GERAK@ASTAR : UM is ONE! Towards 1Malaysia.

Selasa, 26 Januari 2010

Analisis Calon (1)

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Hari ini menyaksikan semua calon giat mengerah tenaga untuk menggunakan tempoh 2 hari berkempen sepenuhnya. Akan tetapi, ia boleh dikira hambar terutamanya bagi calon umum kerana tidak ramai yang menonjolkan diri pada hari yang pertama ini.

Mereka hanya mempunyai tempoh 17 jam dari sekarang untuk terus menambat hati mahasiswa dan seterusnya terpulang pada mahasiswa untuk menilai dan membuat pilihan siapa pemimpin yang mereka boleh percayai.

Kali ini, Gerak ASTAR tampil untuk memberi sedikit analisis berkenaan beberapa calon yang kami jumpa pada hari pertama.

Calon 1:

1. Calon ini dilihat proaktif di fakulti dengan menyebarkan manifestonya di sekitar fakulti.
2. Pelajar ini nampak tidak begitu aktif di peringkat kolej sedangkan dia baru tahun pertama.
3. Pelajar ini juga hanya menyertai aktiviti yang hanya ada 1 kaum sahaja.
4. Manifesto pelajar ni sungguh tidak matang terutamanya daripada penyusunan dan penggunaan ayat yang sesuai.
5. Pelajar ini dilihat lebih gemar menekan pihak pentadbiran fakulti terutamanya. Nyata suara beliau tidak akan dilayan jika mahukan perubahan tetapi cara dan pelaksanaan tidak mengikut saluran dan cara yang betul.
6. Nyata calon ini masih belum sesuai menjadi seorang pemimpin pada sesi ini.

Calon 2:

1. Calon ini dilihat kreatif dalam penyampaian manifesto dan berkempen tetapi nyata beliau telah mengurangkan ciri-ciri intelektual ketika berkempen.
2. Dilihat sudah berbelanja besar dengan menyediakan pelekat sokongan terhadap beliau seminggu sebelum penamaan calon, pakaian seragam bagi dirinya dan wakil-wakil calonnya.
3. Manifesto yang ditampilkan agak memberangsangkan tetapi menggunakan idea-idea lapuk dan pembaharuan yang sangat terhad ingin dibawa olehnya.
4. Sebagai seorang pemimpin, pelajar ini sepatutnya teliti dalam setiap hal tetapi pelajar ini nyata terlepas pandang apabila menaip ejaan yang salah dan tidak memeriksanya dengan teliti.
5. Pelajar tahun 3 ini melaungkan slogan kebebasan dilihat mampu pergi lebih jauh jika diberikan peluang.

Calon 3:

1. Calon ini dilihat aktif sejak menjadi pelajar asasi Nilam Puri lagi.
2. Bagi calon umum, manifesto yang dibawa olehnya nyata amat mengecewakan.
3. Kuantiti mungkin tidak menjadi faktor (walaupun kuantitinya juga amat sedikit) tetapi kualiti setiap manifestonya amat menyedihkan.
4. Pelajar ini cuba menuntut suatu peruntukan untuk fakulti nyata tidak berasas kerana mahasiswa harus tahu yang tuntutan berkenaan wang tidak semudah dicakap dan memerlukan proses yang amat lama.
5. Hanya menyatakan berkenaan potongan elaun sedangkan sesi lepas juga telah melaungkan manifesto itu.
6. Spesifikasi orang yang layak menerima juga tidak dinyatakan dan dipercayai hanya akan memihak kepada penyokong Pro-Mahasiswa sahaja.

Buat masa ini, hanya 3 calon di atas dapat Gerak ASTAR buat analisis. InsyaAllah Gerak ASTAR akan terus membuat analisa supaya mahasiswa tidak mudah ditipu dan membuka pemikiran mahasiswa untuk memilih pemimpin yang sesuai.
GERAK@ASTAR

Jumaat, 25 Disember 2009

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera!

Kepada seluruh warga ASTAR,

Selamat menempuh semester baru
Semester 2, Sesi 2009/2010.

Teguhkan tekad, tingkatkan usaha
kejayaan pasti milik kita!

Agama. Ilmu. Perpaduan. Kebajikan.

GERAK@ASTAR