Jumaat, 7 Mei 2010

Selamat Menjalani Cuti Akhir Semester 2

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

GERAK@ASTAR ingin mengucapkan selamat menjalani cuti akhir semester 2 bagi sesi 09/10 kepada semua warga UM terutamanya kepada penghuni kolej kediaman pertama. Semoga cuti yang diberikan ini dapat sama-sama kita manfaatkan dan apabila kita kembali semula ke universiti ini, kita sudah lebih bersedia menghadapi cabaran baru.

Buat pelajar yang sudah menamatkan pengajian, GERAK@ASTAR ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam apa jua jalan yang anda pilih selama ini dan terima kasih kami ucapkan atas pengalaman dan ilmu yang telah anda kongsikan bersama-sama kami sepanjang penglibatan anda di kolej mahupun dalam universiti ini.

Semoga semangat kita semua tidak akan luntur dalam memperjuangkan hak kita sebagai mahasiswa di varsity perdana ini.

GERAK@ASTAR : UM is ONE! Towards 1Malaysia.