GERAK@ASTAR ingin mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru Cina terutamanya buat warga ASTAR yang berbangsa Cina dan juga selamat menjalani cuti pertengahan semester buat semua warga ASTAR dan UM umumnya.
Universiti Malaya, Kuala Lumpur - Selangor, Malaysia
Penggerak Mahasiswa atau GERAK adalah satu gerakan mahasiswa yang mempunyai idealisme tersendiri dalam memperjuang isu-isu mahasiswa, rakyat dan negara tanpa di pengaruhi mana-mana sentimen politik. Penggerak Mahasiswa dahulunya di kenali sebagai Aspirasi Mahasiswa kini tampil dengan pembaharuan dan perubahan yang lebih gagah dan perkasa mendepani arus perjuangan menjangkaui politik kampus. Penggerak Mahasiswa adalah satu kesepaduan kekuatan seluruh mahasiswa berbilang bangsa, adat budaya dan agama di 12 kolej-kolej kediaman dan mahasiswa luar kampus.
GERAK @ ASTAR merupakan salah satu cabang perjuangan Penggerak Mahasiswa yang lebih memfokuskan kepada kebajikan serta perpaduan mahasiswa/i di Kolej Kediaman Pertama, UM atau ASTAR.