Selasa, 26 Januari 2010

Analisis Calon (1)

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Hari ini menyaksikan semua calon giat mengerah tenaga untuk menggunakan tempoh 2 hari berkempen sepenuhnya. Akan tetapi, ia boleh dikira hambar terutamanya bagi calon umum kerana tidak ramai yang menonjolkan diri pada hari yang pertama ini.

Mereka hanya mempunyai tempoh 17 jam dari sekarang untuk terus menambat hati mahasiswa dan seterusnya terpulang pada mahasiswa untuk menilai dan membuat pilihan siapa pemimpin yang mereka boleh percayai.

Kali ini, Gerak ASTAR tampil untuk memberi sedikit analisis berkenaan beberapa calon yang kami jumpa pada hari pertama.

Calon 1:

1. Calon ini dilihat proaktif di fakulti dengan menyebarkan manifestonya di sekitar fakulti.
2. Pelajar ini nampak tidak begitu aktif di peringkat kolej sedangkan dia baru tahun pertama.
3. Pelajar ini juga hanya menyertai aktiviti yang hanya ada 1 kaum sahaja.
4. Manifesto pelajar ni sungguh tidak matang terutamanya daripada penyusunan dan penggunaan ayat yang sesuai.
5. Pelajar ini dilihat lebih gemar menekan pihak pentadbiran fakulti terutamanya. Nyata suara beliau tidak akan dilayan jika mahukan perubahan tetapi cara dan pelaksanaan tidak mengikut saluran dan cara yang betul.
6. Nyata calon ini masih belum sesuai menjadi seorang pemimpin pada sesi ini.

Calon 2:

1. Calon ini dilihat kreatif dalam penyampaian manifesto dan berkempen tetapi nyata beliau telah mengurangkan ciri-ciri intelektual ketika berkempen.
2. Dilihat sudah berbelanja besar dengan menyediakan pelekat sokongan terhadap beliau seminggu sebelum penamaan calon, pakaian seragam bagi dirinya dan wakil-wakil calonnya.
3. Manifesto yang ditampilkan agak memberangsangkan tetapi menggunakan idea-idea lapuk dan pembaharuan yang sangat terhad ingin dibawa olehnya.
4. Sebagai seorang pemimpin, pelajar ini sepatutnya teliti dalam setiap hal tetapi pelajar ini nyata terlepas pandang apabila menaip ejaan yang salah dan tidak memeriksanya dengan teliti.
5. Pelajar tahun 3 ini melaungkan slogan kebebasan dilihat mampu pergi lebih jauh jika diberikan peluang.

Calon 3:

1. Calon ini dilihat aktif sejak menjadi pelajar asasi Nilam Puri lagi.
2. Bagi calon umum, manifesto yang dibawa olehnya nyata amat mengecewakan.
3. Kuantiti mungkin tidak menjadi faktor (walaupun kuantitinya juga amat sedikit) tetapi kualiti setiap manifestonya amat menyedihkan.
4. Pelajar ini cuba menuntut suatu peruntukan untuk fakulti nyata tidak berasas kerana mahasiswa harus tahu yang tuntutan berkenaan wang tidak semudah dicakap dan memerlukan proses yang amat lama.
5. Hanya menyatakan berkenaan potongan elaun sedangkan sesi lepas juga telah melaungkan manifesto itu.
6. Spesifikasi orang yang layak menerima juga tidak dinyatakan dan dipercayai hanya akan memihak kepada penyokong Pro-Mahasiswa sahaja.

Buat masa ini, hanya 3 calon di atas dapat Gerak ASTAR buat analisis. InsyaAllah Gerak ASTAR akan terus membuat analisa supaya mahasiswa tidak mudah ditipu dan membuka pemikiran mahasiswa untuk memilih pemimpin yang sesuai.
GERAK@ASTAR

1 ulasan:

MomTom berkata...

agak setuju ngan ulasan nyer
tan kee aun memang pencabar yg bagus