Jumaat, 13 Mac 2009

FKUM: Isu Tempat Meletak Kenderaan

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera!

Baru-baru ini GERAK@ASTAR telah dimaklumkan mengenai satu isu yang tidak pernah surut di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (FKUM). Difahamkan oleh sumber yang dipercayai, isu tempat letak kenderaan di fakulti tersebut tidak pernah lekang daripada menjadi topik perbualan para pelajar. Menurut sumber ini juga, terdapat pihak yang sengaja memainkan isu ini untuk kepentingan politik mereka.


Pada sesi 2007/2008 yang lalu, beberapa perubahan yang agak besar telah kita lihat di FKUM.
Antara penambahbaikkan yang jelas adalah penambahan petak meletak kenderaan di atas bukit sebelah blok tempat letak kereta, penambahbaikkan jalan penghubung kolej 6 dan FKUM, pembinaan susur gajah daripada blok Bio-Perubatan ke Menara Kejuruteraan, penambahan kedai fotostat serta pelebaran tangga-tangga ke blok U. Perubahan dan penambahbaikkan dalam blok tempat letak kereta sesi lepas juga adalah bertujuan memudahkan pelajar dan pegawai bagi mendapatkan tempat letak kereta dengan membuat pengasingan tingkat bagi pelajar dan pegawai.

Masalah berkenaan isu ini timbul apabila bayaran sebanyak RM 50 dikenakan kepada pelajar (tahun 3 ke atas sahaja) yang ingin mendapatkan khidmat letak kereta di situ bagi sesi 2008/2009. Jumlah ini dilihat sebagai membebankan para pelajar dan tidak menggambarkan kebajikan pelajar diambil berat. Selain blok itu, tiada tempat lain yang boleh dikategorikan sebagai tempat letak kereta pelajar dan mereka menghadapi risiko didenda dengan dirantai/dikunci tayar kenderaan mereka (clamp).

GERAK@ASTAR melihat isu ini terjadi berikutan usaha bagi mencapai visi universiti yang pernah disuarakan oleh TNC Pembangunan, Prof. Datuk Dr. Khaw Lake Tee iaitu untuk mengurangkan kenderaan dan menyesuaikan mahasiswa dengan budaya berjalan kaki di dalam kampus.


Merujuk kepada satu aduan
(klik sini), timbul keraguan apabila Raam yang sepatutnya mewakili pelajar tahun 2 tetapi telah menyuarakan pendapat bagi pelajar tahun 3 dan ke atas. GERAK@ASTAR meniai keadaan ini sebagai sikap kurang matang pihak Pro-Mahasiswa yang cuba memainkan isu ini tanpa berfikir panjang. Kepincangan pihak Pro-M jelas terpampang melalui tindakan mereka dan GERAK@ASTAR ingin menegaskan bahawa Penggerak Mahasiswa tidak akan berdiam diri bagi menghadapi isu sebegini.

Untuk pengetahuan umum, pelajar tahun 2 di seluruh kampus tanpa sebarang pengeculian terhadap fakulti dan kolej kediaman tidak dibenarkan membawa kereta di dalam kampus. Pelekat kereta UM yang dikeluarkan pihak Pejabat Keselamatan UM tidak boleh dimiliki oleh pelajar tahun 2 dan ke bawah. Hanya pelajar senior iaitu tahun 3 dan ke atas yang dibenarkan membawa kereta di dalam kampus. Peraturan universiti ini perlu dipatuhi oleh semua pelajar.


Bagi menghadapi isu yang sebegini, saudari Nor Hidayah selaku wakil FKUM sudah pasti tidak sekadar lepas tangan. Sewaktu artikel ini ditulis, saudari Nor Hidayah masih berusaha untuk menyelesaikan isu ini dengan menghubungi dan merujuk kepada pihak-pihak yang berkenaan terutamanya FKUM sendiri.


Dengan idealisma mahasiswa cemerlang serta menolak segala unsur politik luar yang tidak berasas, GERAK@ASTAR sentiasa memberi perhatian dan mengambil berat masalah kampus terutama berkenaan kebajikan mahasiswa sendiri.

GERAK@ASTAR mengucapkan tahniah kepada saudari Nor Hidayah atas usaha yang telah dan sedang dilakukan. Saudari Nor Hidayah nampak begitu proaktif menggerakkan visi dan misi FKUM serta UM secara keseluruhannya.

GERAK@ASTAR

Tiada ulasan: