Selasa, 3 Mac 2009

Penghuni ASTAR jangan sebar fitnah

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera!


GERAK@ASTAR telah dapat menghidu satu blog yang menyebarkan pandangan berunsurkan fitnah dan tuduhan liar terhadap pentadbiran kolej. Blog ini telah lama dikesan, namun GERAK@ASTAR merasakan pemilik blog berkenaan tidak aktif dan hanya serkap jarang semata-mata.

 

Menurut blog tersebut, ASCI atau Astar Scrabble Challange International yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kerja Perkembangan Akademik dan Intelektual (JKP ADI) Kolej Kediaman Pertama baru-baru ini telah menggunakan wang yuran pelajar. Untuk makluman, ASCI merupakan salah-satu projek terbesar di Kolej Kediaman Pertama.

 

Tuduhan ini ternyata daif dan menunjukkan penulis tidak matang, malah tidak menyiasat terlebih dahulu. Ternyata, ini bertentangan dengan sifat yang diterapkan oleh Islam sendiri.

 

ASCI sememangnya menawarkan sejumlah wang yang besar untuk pemenang pertandingan tersebut yang turut melibatkan peserta daripada luar negara seperti Thailand. Akan tetapi, di sebalik jumlah hadiah yang lumayan itu, ASCI sebenarnya tidak menggunakan wang yuran penghuni kolej, mahupun wang pengetua kolej, Dr. Woo Chaw Seng.


Ahli Jawatankuasa Projek ASCI telah meletakkan usaha terbaik bagi mendapatkan dana untuk menjalankan projek, sehingga mendapat tajaan menjangkau puluhan ribu ringgit yang sebahagian besarnya ditaja oleh syarikat akhbar New Straits Time (NST). Penulis blog berbaur fitnah itu nyata terlupa bahawa ASCI telah membawa nama NST sejak sesi yang lalu (NST-ASCI). 

 

GERAK@ASTAR ingin berkongsi sedikit maklumat berkenaan isu yang dibangkitkan ini. Untuk pengetahuan penulis blog tersebut dan warga ASTAR secara keseluruhannya, ASCI telah berjaya mendapat tajaan wang tunai sebanyak RM7000 daripada NST, tidak termasuk tajaan iklan di dalam akhbar NST itu sendiri yang bukan sahaja disiarkan di Malaysia, malah iklan tersebut terpampang di dalam akhbar ke Singapura berjumlah ribuan Ringgit. Jumlah ini tidak termasuk tajaan lain yang telah mereka perolehi.

 

Yuran kolej yang dibayar setiap pelajar pada setiap semester adalah termasuk Yuran Penginapan dan Makan (RM10 sehari) dan Yuran JTK (RM50). Yuran penginapan itu hanya untuk penginapan dan makan manakala yuran JTK dikumpulkan dan diagihkan kepada setiap projek kolej sebagai wang pendahuluan bagi memulakan setiap projek. Ini menunjukkan wang pelajar itu sebenarnya kembali semula kepada pelajar melalui projek-projek yang dianjurkan.

 

Oleh yang demikian, tidak timbul isu kolej menggunakan yuran pelajar bagi mengejar nama dan populariti. Akan tetapi, perlu diingat kejayaan sesuatu projek itu terletak sepenuhnya pada kesungguhan tenaga penggeraknya.

 

Dengan ini, GERAK@ASTAR ingin menyeru kepada penyebar fitnah tersebut agar segera insaf dan menghentikan perbuatan terkutuk ini. Warga ASTAR seharusnya lebih matang menilai kebenaran dan tidak cepat melatah melihat sesuatu situasi yang mungkin menyimpan penjelasan di sebaliknya. Sebagai mahasiswa universiti perdana, fitnah yang sebegini tidak sepatutnya berlaku. GERAK@ASTAR menggesa pihak yang telah menimbulkan isu ini agar segera menutup blog tersebut atau memadamkan tulisan fitnah yang bukan sahaja telah mencemar nama baik ASTAR, tetapi juga nama Universiti Malaya secara amnya.


Kepada Pengarah ASCI dan tenaga kerja di bawah beliau, GERAK@ASTAR mengucapkan tahniah atas kejayaan anda melaksanakan satu projek bertaraf tinggi dan mendoakan kejayaan yang lebih besar buat pimpinan ASCI yang akan datang. Kejayaan mereka seharusnya dijadikan contoh oleh semua dan menyuntik semangat untuk kita meletakkan usaha yang lebih gigih demi semangat ASTAR dan UM.


GERAK@ASTAR turut mengingatkan warga ASTAR supaya berjumpa pihak pentadbiran atau merujuk kepada kepimpinan JTK kolej bagi mendapatkan penjelasan yang tepat berkenaan isu kolej sebelum menyiarkannya di mana-mana blog atau menyebarkan dakwaan tidak berasas kepada orang-orang di sekeliling.


Mahasiswa ASTAR perlu bijak mendepani isu!


GERAK@ASTAR

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Soal tajaan ASCI, AJK BIRO TAJAAN sendiri mengakui bahawa tajaan sememangnya datang daripada pihak NST. Walaubagaimanapun, ada pihak-pihak lain yang menyumbang dari segi kewangan. TETAPI, DITEGASKAN DI SINI, PIHAK-PIHAK LAIN ITU BUKANLAH PENTADBIRAN KOLEJ.

GERAK@ASTAR berkata...

Penjelasan sebegini seharusnya lebih didedahkan supaya tidak ada spekulasi murahan daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.