Jumaat, 6 Mac 2009

Malam Penganugerahan ASTAR Fasa 2 (MPA 2) esok

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera!

Setelah warga ASTAR menghadiri Majlis Penganugerahan ASTAR Fasa 1 (MPA 1), satu lagi majlis makan malam berprestij bakal diadakan untuk turut menghargai jasa warga ASTAR di samping mengumpulkan semua penghuni kolej termasuk kakitangan kolej.

Majlis Penganugerahan ASTAR Fasa 2 atau lebih dikenali sebagai MPA 2 bakal berlangsung seperti maklumat berikut:

Tarikh: 7 march 2009 - Sabtu
Masa: 7 - 11.30 malam
Tempat: Hotel Crown Plaza Mutiara, Kuala Lumpur
Tema: Masquerade (bertopeng)

Semua warga ASTAR yang akan ke sana dengan menaiki bas yang disediakan diingatkan untuk bersedia lebih awal dan menaiki bas seperti yang telah diaturkan seawal jam 5 petang. Maklumat berkenaan nombor bas, masa dan lain-lain boleh dirujuk di papan kenyataan MPA 2 berdekatan laman santai/pigeon hole.

Antara anugerah yang bakal diberi ialah Anugerah Tengku Mahalel, Anugerah Putera-Puteri ASTAR, Anugerah Khas Pengetua, Anugerah Jasa Budi dan lain-lain.

GERAK@ASTAR mengucapkan selamat berjaya kepada Pengarah MPA 2, saudara Izzul Syafiq dan barisan ahli jawatankuasa yang masih bertungkus-lumus berusaha untuk menjayakan majlis tersebut Sabtu ini.

GERAK@ASTAR difahamkan, beberapa alumni GERAK yang merupakan bekas penghuni ASTAR yang aktif menyertai aktiviti kolej dan mempunyai prestasi akademik yang baik akan turut hadir memeriahkan majlis. GERAK@ASTAR mengalu-alukan kedatangan mereka yang menjadi aspirasi perjuangan Penggerak Mahasiswa selama ini.

GERAK@ASTAR

Tiada ulasan: