Khamis, 19 Mac 2009

Permohonan menjadi Pembantu Mahasiswa kini dibuka!

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera!

GERAK@ASTAR menyeru warga Kolej Kediaman Pertama khususnya para Penggerak Mahasiswa memohon untuk menjadi Pembantu Mahasiswa (PM) bagi Minggu Haluan Siswa (MHS) sesi 2009/2010.

Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Am Kolej pada waktu pejabat. Tarikh tutup penghantaran borang ialah pada 31 Mac 2009. Borang permohonan perlu dikepilkan bersama-sama:
  • - Gambar berukuran passport
  • - Lampiran aktiviti yang pernah disertai sepanjang menginap di ASTAR
  • - Salinan keputusan peperiksaan terkini
GERAK@ASTAR berharap warga ASTAR menyambut baik peluang ini untuk lebih mengenali diri dan membina sahsiah diri yang lebih cemerlang. Peluang sebegini tidak seharusnya dipandang mudah kerana tanggungjawab yang bakal dipikul oleh PM adalah besar dan mampu memberikan impak kepada generasi baru yang bakal menginap di ASTAR.

Beberapa siri kursus atau kem di peringkat kolej mahupun di peringkat universiti akan dilaksanakan dalam tempoh bulan Mei hingga Jun bagi memastikan kumpulan PM yang bakal menerajui MHS ini nanti berada di dalam keadaan bersedia dan mempunyai ilmu yang berkaitan.

Kemahiran berorganisasi, kepimpinan dan pengurusan masa adalah antara kelebihan yang bakal anda perolehi melalui aktiviti ini. Malahan, perhubungan di antara sesama PM dan juga dengan pihak pentadbiran kolej dapat dibaja sepanjang proses persiapan menghadapi MHS. Para PM ASTAR juga pasti akan mendapat peluang untuk lebih mengenali rakan-rakan seperjuangan di kolej-kolej kediaman yang lain.

GERAK@ASTAR mengajak seluruh anak-anak GERAK untuk tampil menonjolkan potensi diri dan memanfaatkan segala kemahiran yang bakal diperolehi.

GERAK - sentiasa progresif membina sahsiah cemerlang demi masa depan yang gemilang!

GERAK@ASTAR

Tiada ulasan: