Khamis, 19 Mac 2009

Permohonan menjadi Pembantu Mahasiswa kini dibuka!

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera!

GERAK@ASTAR menyeru warga Kolej Kediaman Pertama khususnya para Penggerak Mahasiswa memohon untuk menjadi Pembantu Mahasiswa (PM) bagi Minggu Haluan Siswa (MHS) sesi 2009/2010.

Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Am Kolej pada waktu pejabat. Tarikh tutup penghantaran borang ialah pada 31 Mac 2009. Borang permohonan perlu dikepilkan bersama-sama:
  • - Gambar berukuran passport
  • - Lampiran aktiviti yang pernah disertai sepanjang menginap di ASTAR
  • - Salinan keputusan peperiksaan terkini
GERAK@ASTAR berharap warga ASTAR menyambut baik peluang ini untuk lebih mengenali diri dan membina sahsiah diri yang lebih cemerlang. Peluang sebegini tidak seharusnya dipandang mudah kerana tanggungjawab yang bakal dipikul oleh PM adalah besar dan mampu memberikan impak kepada generasi baru yang bakal menginap di ASTAR.

Beberapa siri kursus atau kem di peringkat kolej mahupun di peringkat universiti akan dilaksanakan dalam tempoh bulan Mei hingga Jun bagi memastikan kumpulan PM yang bakal menerajui MHS ini nanti berada di dalam keadaan bersedia dan mempunyai ilmu yang berkaitan.

Kemahiran berorganisasi, kepimpinan dan pengurusan masa adalah antara kelebihan yang bakal anda perolehi melalui aktiviti ini. Malahan, perhubungan di antara sesama PM dan juga dengan pihak pentadbiran kolej dapat dibaja sepanjang proses persiapan menghadapi MHS. Para PM ASTAR juga pasti akan mendapat peluang untuk lebih mengenali rakan-rakan seperjuangan di kolej-kolej kediaman yang lain.

GERAK@ASTAR mengajak seluruh anak-anak GERAK untuk tampil menonjolkan potensi diri dan memanfaatkan segala kemahiran yang bakal diperolehi.

GERAK - sentiasa progresif membina sahsiah cemerlang demi masa depan yang gemilang!

GERAK@ASTAR

Sabtu, 14 Mac 2009

Jadual FESENI

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera!

Festival Seni Universiti Malaya kini kembali! Berikut merupakan jadual FESENI bagi sesi 2008/2009:

16/3/2009

Nyanyian Irama Melayu Asli (saringan)
Tempat: Studio Muzik, Pusat Kebudayaan Universiti Malaya
Masa: 2 ptg

17/3/2009
Nyanyian Bahasa Inggeris (saringan)
Tempat: Studio Muzik, Pusat Kebudayaan Universiti Malaya
Masa: 2 ptg

18/3/2009
Nyanyian Irama Malaysia (saringan)
Tempat: Studio Muzik, Pusat Kebudayaan Universiti Malaya
Masa: 2ptg

19/3/2009
Drama Pentas
Tempat: DTC
Masa: 8 mlm

20/3/2009
Drama Pentas
Tempat: DTC
Masa: 8 mlm

21/3/2009
Drama Pentas
Tempat: DTC
Masa: 8 mlm

22/3/2009
Tarian Tradisional Cina & India
Tempat: DTC
Masa: 8 mlm

23/3/2009
Tarian Tradisional Kebangsaan
Tempat: DTC
Masa: 8 mlm

24/3/2009
Tarian Kreatif
Tempat: DTC
Masa: 8 mlm

25/3/2009
Koir
Tempat: DTC
Masa: 8 mlm

26/3/2009
Nasyid
Tempat: DTC
Masa: 8 mlm

27/3/2009
Dikir Barat
Tempat: DTC
Masa: 8 mlm

28/3/2009
Kompang
Tempat: Gazebo, Perdanasiswa
Masa: 2 ptg

29/3/2009
Boria
Tempat: DTC
Masa: 8 mlm

30/3/2009
Nyanyian Irama Malaysia & Bahasa Inggeris (akhir)
Tempat: DTC
Masa: 8 mlm

31/3/2009
Muzik Akustik
Tempat: DTC
Masa: 8 mlm

1/4/2009
Pop Band
Tempat: DTC
Masa: 8 mlm

2/4/2009
Manifestasi Puisi
Tempat: DTC
Masa: 8 mlm

3/4/2009
Malam Juara-Juara
Nyanyian Irama Melayu Asli (akhir)
Tempat: DTC
Masa: 8.30 mlm

Sama-sama kita saksikan kehebatan pasukan-pasukan FESENI ASTAR berentap sepanjang FESENI kali ini. Selamat berjuang kepada para peserta!

SENI MENJULANG ASTAR!

GERAK@ASTAR


Jumaat, 13 Mac 2009

FKUM: Isu Tempat Meletak Kenderaan

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera!

Baru-baru ini GERAK@ASTAR telah dimaklumkan mengenai satu isu yang tidak pernah surut di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (FKUM). Difahamkan oleh sumber yang dipercayai, isu tempat letak kenderaan di fakulti tersebut tidak pernah lekang daripada menjadi topik perbualan para pelajar. Menurut sumber ini juga, terdapat pihak yang sengaja memainkan isu ini untuk kepentingan politik mereka.


Pada sesi 2007/2008 yang lalu, beberapa perubahan yang agak besar telah kita lihat di FKUM.
Antara penambahbaikkan yang jelas adalah penambahan petak meletak kenderaan di atas bukit sebelah blok tempat letak kereta, penambahbaikkan jalan penghubung kolej 6 dan FKUM, pembinaan susur gajah daripada blok Bio-Perubatan ke Menara Kejuruteraan, penambahan kedai fotostat serta pelebaran tangga-tangga ke blok U. Perubahan dan penambahbaikkan dalam blok tempat letak kereta sesi lepas juga adalah bertujuan memudahkan pelajar dan pegawai bagi mendapatkan tempat letak kereta dengan membuat pengasingan tingkat bagi pelajar dan pegawai.

Masalah berkenaan isu ini timbul apabila bayaran sebanyak RM 50 dikenakan kepada pelajar (tahun 3 ke atas sahaja) yang ingin mendapatkan khidmat letak kereta di situ bagi sesi 2008/2009. Jumlah ini dilihat sebagai membebankan para pelajar dan tidak menggambarkan kebajikan pelajar diambil berat. Selain blok itu, tiada tempat lain yang boleh dikategorikan sebagai tempat letak kereta pelajar dan mereka menghadapi risiko didenda dengan dirantai/dikunci tayar kenderaan mereka (clamp).

GERAK@ASTAR melihat isu ini terjadi berikutan usaha bagi mencapai visi universiti yang pernah disuarakan oleh TNC Pembangunan, Prof. Datuk Dr. Khaw Lake Tee iaitu untuk mengurangkan kenderaan dan menyesuaikan mahasiswa dengan budaya berjalan kaki di dalam kampus.


Merujuk kepada satu aduan
(klik sini), timbul keraguan apabila Raam yang sepatutnya mewakili pelajar tahun 2 tetapi telah menyuarakan pendapat bagi pelajar tahun 3 dan ke atas. GERAK@ASTAR meniai keadaan ini sebagai sikap kurang matang pihak Pro-Mahasiswa yang cuba memainkan isu ini tanpa berfikir panjang. Kepincangan pihak Pro-M jelas terpampang melalui tindakan mereka dan GERAK@ASTAR ingin menegaskan bahawa Penggerak Mahasiswa tidak akan berdiam diri bagi menghadapi isu sebegini.

Untuk pengetahuan umum, pelajar tahun 2 di seluruh kampus tanpa sebarang pengeculian terhadap fakulti dan kolej kediaman tidak dibenarkan membawa kereta di dalam kampus. Pelekat kereta UM yang dikeluarkan pihak Pejabat Keselamatan UM tidak boleh dimiliki oleh pelajar tahun 2 dan ke bawah. Hanya pelajar senior iaitu tahun 3 dan ke atas yang dibenarkan membawa kereta di dalam kampus. Peraturan universiti ini perlu dipatuhi oleh semua pelajar.


Bagi menghadapi isu yang sebegini, saudari Nor Hidayah selaku wakil FKUM sudah pasti tidak sekadar lepas tangan. Sewaktu artikel ini ditulis, saudari Nor Hidayah masih berusaha untuk menyelesaikan isu ini dengan menghubungi dan merujuk kepada pihak-pihak yang berkenaan terutamanya FKUM sendiri.


Dengan idealisma mahasiswa cemerlang serta menolak segala unsur politik luar yang tidak berasas, GERAK@ASTAR sentiasa memberi perhatian dan mengambil berat masalah kampus terutama berkenaan kebajikan mahasiswa sendiri.

GERAK@ASTAR mengucapkan tahniah kepada saudari Nor Hidayah atas usaha yang telah dan sedang dilakukan. Saudari Nor Hidayah nampak begitu proaktif menggerakkan visi dan misi FKUM serta UM secara keseluruhannya.

GERAK@ASTAR

Jumaat, 6 Mac 2009

Malam Penganugerahan ASTAR Fasa 2 (MPA 2) esok

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera!

Setelah warga ASTAR menghadiri Majlis Penganugerahan ASTAR Fasa 1 (MPA 1), satu lagi majlis makan malam berprestij bakal diadakan untuk turut menghargai jasa warga ASTAR di samping mengumpulkan semua penghuni kolej termasuk kakitangan kolej.

Majlis Penganugerahan ASTAR Fasa 2 atau lebih dikenali sebagai MPA 2 bakal berlangsung seperti maklumat berikut:

Tarikh: 7 march 2009 - Sabtu
Masa: 7 - 11.30 malam
Tempat: Hotel Crown Plaza Mutiara, Kuala Lumpur
Tema: Masquerade (bertopeng)

Semua warga ASTAR yang akan ke sana dengan menaiki bas yang disediakan diingatkan untuk bersedia lebih awal dan menaiki bas seperti yang telah diaturkan seawal jam 5 petang. Maklumat berkenaan nombor bas, masa dan lain-lain boleh dirujuk di papan kenyataan MPA 2 berdekatan laman santai/pigeon hole.

Antara anugerah yang bakal diberi ialah Anugerah Tengku Mahalel, Anugerah Putera-Puteri ASTAR, Anugerah Khas Pengetua, Anugerah Jasa Budi dan lain-lain.

GERAK@ASTAR mengucapkan selamat berjaya kepada Pengarah MPA 2, saudara Izzul Syafiq dan barisan ahli jawatankuasa yang masih bertungkus-lumus berusaha untuk menjayakan majlis tersebut Sabtu ini.

GERAK@ASTAR difahamkan, beberapa alumni GERAK yang merupakan bekas penghuni ASTAR yang aktif menyertai aktiviti kolej dan mempunyai prestasi akademik yang baik akan turut hadir memeriahkan majlis. GERAK@ASTAR mengalu-alukan kedatangan mereka yang menjadi aspirasi perjuangan Penggerak Mahasiswa selama ini.

GERAK@ASTAR

Senarai Penerima Anugerah MPA 1

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera!

Berikut merupakan senarai penerima anugerah MPA 1 yang telah dilangsungkan baru-baru ini:

PENGHARGAAN WAKIL TINGKAT

A200 Raihanath K. V. Zainuddin
A300 Aw Wei En
B100 Nor Taibah Taazim
B200 Chia Seng Heah
B300 Fatimah Zahara Mohd Ali
B400 Chye Conning
C200 Abdullah Syafiq Ab. Malek
C300 Mohd Suhaili Sabree
D200 Bong Boon Hui
D300 Muhammad Ridzuan Mohamad Noor
D400 Ahmad Naufal Azman
E200 Cheng Sook Wan
E300 Nagalatchumi Muniandy
E400 Armasariati Jamaludin

PENGHARGAAN PENGARAH KELAB

Kelab Gamelan Mohd Hafizuddin Abdul Rashid
Kelab Teknikal Khor Wei Jian
Kelab Komputer ASTAR Wan Nasrul Rahman Wan Sulaiman
Sidang Redaksi Raihanath K. V. Zainuddin
Kelab Kebudayaan Tiong Hua Kiew Chon Keong
Kelab Kebudayaan India Kalaiselvi Ramasamtran

PENGHARGAAN PENGARAH PROJEK

Minggu Mesra Pelajar Mohammad Amirul Aizat Lamry
Gerai Konvo ASTAR Ahmad Afif Isa
Fiesta Hari Terbuka Michael Liu Yong Jing
Malam Penganugerahan ASTAR 1 Terry Lum Teng How
Malam Penganugerahan ASTAR 2 Izzul Syafiq Yaacob
Makan Malam Pelajar Tahun Akhir Muhammad Aidil Roslan
Debat Terbuka ASTAR Muhammad Asyraf Salleh
ASTAR Scrabble Challenge International Lee Wee Siong
Kempen Pencegahan Kebakaran Nor Hidayah Haji Nor Hassan
Kempen Penjimatan Air dan Elektrik Shamsul Amir Salleh
Kempen Derma Darah dan Pameran Kesihatan Goh Wee Chong
Operasi Khidmat Masyarakat Nur Diyana Abd Rahman
ASTAR Caring Day Leow Wai Yan
Program Lawatan Berterusan Noorsyamimi Yahya
1st Superstar Lee Lixin
Sukaneka Ng Mooi Fen
Hijau 0708 Khairul Anwar Shariff
Hijau 0809 Akmal Azam Miswan
SUKMUM Mohammad Amirul Aizat Lamry
Bulan Kemerdekaan Muhammad Al-Amin Mohd Ali
Perarakan Kemerdekaan Nur Shahidah Ahmad Saibani
Kempen Keselamatan Ng Seow Wei
Malam Bersama Pemimpin Lim Way Kit
Malam Pesta Tanglung Yeoh Miin Yee
Pesta Budaya Nagalatchumi Muniandy

ANUGERAH HARAPAN SUKAN

Boh Jin Cai
Chong Hui Sze
Daniel Soh Tse Chien
Hanis Nadzira Hamzah
Mohd Farezul Abdul Aziz
Tay Kai Ling

ANUGERAH SUKAN WARNA SEPARUH

Akmal Azam Miswan
Amir Hakim Mohd Yusof
Au Yong Cheong Peng
Charles Luanga Anak Uyong
Edmond Ujai Anak Jenang
Fatihah Aplop
Koh Hui Kim
Lim Ee Lian
Lim Khang Jing
Mak Wen Chin
Mohammad Amirul Aizat Lamry
Nagalatchumi Muniandy
Nor Azimah Samsuddin
Terry Lum Teng How

ANUGERAH SUKAN WARNA PENUH

Hun Shuang Ding
Izwan Khairi Ismail
Norulnadya Ismail
Nur Ashrin Moha Suhaimi
Shim Chung Nam
Soh Yen Shin
Zulkarnain Jalauddin

ANUGERAH WAKIL TINGKAT TERBAIK

A200 Raihanath K. V. Zainuddin
D200 Bong Boon Hui

ANUGERAH PASUKAN SUKAN TERBAIK

Boling Padang Perempuan
Ping Pong Perempuan
Bola Keranjang Perempuan

Tahniah kepada semua yang tersenarai dan semoga masih tekun berusaha demi semangat ASTAR di tahun-tahun yang akan datang!

GERAK@ASTAR

Tahniah kepada semua penerima anugerah MPA 1!

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera!

GERAK@ASTAR ingin mengucapkan tahniah buat semua penerima anugerah semasa Malam Penganugerahan ASTAR Fasa 1 (MPA 1) yang telah berlangsung dengan jayanya pada 4 March yang lalu.

Pengarah MPA 1, saudara Terry Lum dilihat berjaya menganjurkan sebuah majlis gilang-gemilang yang bertemakan Egypt. Rata-rata penghuni ASTAR telah menunjukkan rasa puas hati terhadap majlis makan malam tersebut.

GERAK@ASTAR akan memaparkan nama-nama penerima anugerah dalam sedikit masa lagi sebagai penghargaan dan ingatan terhadap pelajar-pelajar yang telah menaburkan jasa bakti mereka kepada Kolej Kediaman Pertama dan Universiti Malaya.

Sama-sama kita nantikan Malam Penganugerahan ASTAR Fasa 2 (MPA 2) yang bakal berlangsung pada malam Sabtu ini.

GERAK@ASTAR

Rabu, 4 Mac 2009

Malam Penganugerahan ASTAR Fasa 1 (MPA 1) hari ini

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera!

Majlis makan malam fasa pertama untuk menghargai jasa bakti penghuni-penghuni ASTAR akan berlangsung malam ini dengan bertemakan malam Egypt (Egyptian Night). Berikut merupakan sedikit maklumat mengenai majlis tersebut:

Tarikh:
4 March 2009 - Rabu
Masa:
7.00 - 11.30 malam
Tempat:
Dewan Tun Perak, Laman Santai dan Gelanggang Bola Jaring ASTAR
Tema:
Malam Egypt

Beberapa anugerah telah diaturkan khususnya untuk menghargai jasa-jasa penghuni ASTAR yang lebih junior. Antara anugerah yang bakal diberi ialah Anugerah Harapan Sukan, Anugerah Harapan Seni, AdHoc terbaik dan pelbagai lagi.

GERAK@ASTAR menyeru semua warga ASTAR untuk turun dan sama-sama memeriahkan majlis.

GERAK@ASTAR

Selasa, 3 Mac 2009

Penghuni ASTAR jangan sebar fitnah

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera!


GERAK@ASTAR telah dapat menghidu satu blog yang menyebarkan pandangan berunsurkan fitnah dan tuduhan liar terhadap pentadbiran kolej. Blog ini telah lama dikesan, namun GERAK@ASTAR merasakan pemilik blog berkenaan tidak aktif dan hanya serkap jarang semata-mata.

 

Menurut blog tersebut, ASCI atau Astar Scrabble Challange International yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kerja Perkembangan Akademik dan Intelektual (JKP ADI) Kolej Kediaman Pertama baru-baru ini telah menggunakan wang yuran pelajar. Untuk makluman, ASCI merupakan salah-satu projek terbesar di Kolej Kediaman Pertama.

 

Tuduhan ini ternyata daif dan menunjukkan penulis tidak matang, malah tidak menyiasat terlebih dahulu. Ternyata, ini bertentangan dengan sifat yang diterapkan oleh Islam sendiri.

 

ASCI sememangnya menawarkan sejumlah wang yang besar untuk pemenang pertandingan tersebut yang turut melibatkan peserta daripada luar negara seperti Thailand. Akan tetapi, di sebalik jumlah hadiah yang lumayan itu, ASCI sebenarnya tidak menggunakan wang yuran penghuni kolej, mahupun wang pengetua kolej, Dr. Woo Chaw Seng.


Ahli Jawatankuasa Projek ASCI telah meletakkan usaha terbaik bagi mendapatkan dana untuk menjalankan projek, sehingga mendapat tajaan menjangkau puluhan ribu ringgit yang sebahagian besarnya ditaja oleh syarikat akhbar New Straits Time (NST). Penulis blog berbaur fitnah itu nyata terlupa bahawa ASCI telah membawa nama NST sejak sesi yang lalu (NST-ASCI). 

 

GERAK@ASTAR ingin berkongsi sedikit maklumat berkenaan isu yang dibangkitkan ini. Untuk pengetahuan penulis blog tersebut dan warga ASTAR secara keseluruhannya, ASCI telah berjaya mendapat tajaan wang tunai sebanyak RM7000 daripada NST, tidak termasuk tajaan iklan di dalam akhbar NST itu sendiri yang bukan sahaja disiarkan di Malaysia, malah iklan tersebut terpampang di dalam akhbar ke Singapura berjumlah ribuan Ringgit. Jumlah ini tidak termasuk tajaan lain yang telah mereka perolehi.

 

Yuran kolej yang dibayar setiap pelajar pada setiap semester adalah termasuk Yuran Penginapan dan Makan (RM10 sehari) dan Yuran JTK (RM50). Yuran penginapan itu hanya untuk penginapan dan makan manakala yuran JTK dikumpulkan dan diagihkan kepada setiap projek kolej sebagai wang pendahuluan bagi memulakan setiap projek. Ini menunjukkan wang pelajar itu sebenarnya kembali semula kepada pelajar melalui projek-projek yang dianjurkan.

 

Oleh yang demikian, tidak timbul isu kolej menggunakan yuran pelajar bagi mengejar nama dan populariti. Akan tetapi, perlu diingat kejayaan sesuatu projek itu terletak sepenuhnya pada kesungguhan tenaga penggeraknya.

 

Dengan ini, GERAK@ASTAR ingin menyeru kepada penyebar fitnah tersebut agar segera insaf dan menghentikan perbuatan terkutuk ini. Warga ASTAR seharusnya lebih matang menilai kebenaran dan tidak cepat melatah melihat sesuatu situasi yang mungkin menyimpan penjelasan di sebaliknya. Sebagai mahasiswa universiti perdana, fitnah yang sebegini tidak sepatutnya berlaku. GERAK@ASTAR menggesa pihak yang telah menimbulkan isu ini agar segera menutup blog tersebut atau memadamkan tulisan fitnah yang bukan sahaja telah mencemar nama baik ASTAR, tetapi juga nama Universiti Malaya secara amnya.


Kepada Pengarah ASCI dan tenaga kerja di bawah beliau, GERAK@ASTAR mengucapkan tahniah atas kejayaan anda melaksanakan satu projek bertaraf tinggi dan mendoakan kejayaan yang lebih besar buat pimpinan ASCI yang akan datang. Kejayaan mereka seharusnya dijadikan contoh oleh semua dan menyuntik semangat untuk kita meletakkan usaha yang lebih gigih demi semangat ASTAR dan UM.


GERAK@ASTAR turut mengingatkan warga ASTAR supaya berjumpa pihak pentadbiran atau merujuk kepada kepimpinan JTK kolej bagi mendapatkan penjelasan yang tepat berkenaan isu kolej sebelum menyiarkannya di mana-mana blog atau menyebarkan dakwaan tidak berasas kepada orang-orang di sekeliling.


Mahasiswa ASTAR perlu bijak mendepani isu!


GERAK@ASTAR